Nama "Neraka" Wang_neraka

Dalam mitos Cina, nama neraka tidak membawa konotasi negetif. Nereka yang mereka rujuk adalah Di Yu (trad. 地獄, mudah. 地狱; harafiah. "ruang bawah tanah/istana"). Diyu merupakan tempat roh orang mati dihakimi oleh Raja Dunia bawah (Yan Wang) samada untuk diiring ke syurga atau dihantar ke maze di paras bawah tanah dan kamar di mana roh dihantar bagi membalas dosa di dunia mereka.[1]

Cerita popular menyatakan bahawa perkataan neraka diperkenalkan ke China oleh mubaligh Kristian, yang berkhutbah bahawa kesemua orang Cina bukan Kristian akan "pergi ke neraka" apabila mereka mati, dan melalui kes salah faham, ia dipercayai bahawa perkataan "Neraka" merupakan istilah betul bagi kehidupan selepas mati Cina, dan dengan itu perkataan itu diterima pakai.[2]

Tambahan lagi, ia dipercayai dalam mitos Cina bahawa kesemua yang mati akan secara automatik memasuki dunia bawah Diyu untuk dihakimi sebelum samaada di hantar ke syurga, dihukum di dunia bawah, atau dilahirkan semula. Oleh itu, perkataan "Neraka" biasanya muncul pada duit kertas ini. Bagaimanapun, sesetengah duit kertas dicetak menyingkir perkataan "neraka" dan kadang kala digantikan dengan perkataan "syurga". Duit kertas khas ini biasanya dijumpai dalam bungkusan colok yang dibakar untuk dewa-dewa Cina. Ia memiliki reka bentuk yang sama dengan gambar di atas tetapi memiliki warna yang berlainan.